Wednesday, 16 May 2012

PAS NEGERI SEMBILAN TIDAK SEBULU DENGAN KEPIMPINAN PKR??

 PAS Negeri Sembilan tidak sebulu dengan PKR Pusat ke?
Gambar di bawah menceritakan segala-galanya.....
Pas yang diketuai oleh AJK Pas Pusat yang juga Mantan Pesuruhjaya Negeri Sembilan , Zulkefly Omar bersama-sama kepimpinan PAS dirakam memegang gambar Azmin yang dipercayai melakukan maksiat di dalam sebuah tandas bersama seorang wanita. 


Kepimpinan PAS yang macam ni la bagus..Bila nak keluar dari Pakatan ni PAS?? 
 PAS dah tidak relevan untuk bersama dengan PKR dan DAP yang terang menghhina dan melacurkan agama suci ini. Kepimpinan PAS sepatutnya melihat perkara ini dengan mata hati mereka. Bukan melihat dari sudut politik semata-mata. Sudah terang lagi bersuluh , PKR dan DAP mempunyai agenda tersendiri dan tidak mendokong konsep ISLAM di dalam perjuangan mereka. 

PAS juga telah beberapa kali perlu melaksanakan COUNTER terhadap isu-isu yang berkaitan dengan agama disebabkan pendirian songsang PKR dan DAP yang tidak menyukai perjuangan PAS sehinggakan PAS disuruh tukar prinsip perjuangan ..

Kalau dulu Perjuangan menegakkan agama Islam ...
Tetapi sekarang Moto Bertukar jadi :     1. Negara Berkebajikan...
                                                          2. Misi Tawan Putrajaya....    
                                                          3. Misi Tebang Pokok Besar (UMNO)
                                                          4. Misi Menang Dulu PRU 13 ....

Apa ni PAS?? Keluarlah dari Pakatan yang menyesatkan itu....
Kalau mahu lagi POWER dan mendokong Penyatuan orang-orang Islam , bersama-samalah dengan UMNO!
ALLAHUAKBAR! Barulah Takbir ini disahut dengan gegak gempita orang-orang ISLAM...Amin Ya Rabbal Alamin.... 

Tuesday, 24 April 2012

"Mak Lampir Akhirnya DiBOGELkan oleh Zahida..."








"Akibat ketandusan isu PKR terus menerus menyerang tanpa ada Bukti terhadap apa juga isu yang melibatkan UMNO/BN... Tatkala isu Perkara 15 AUKU sudah lapok, mereka mainkan isu PTPTN yang jelas tiada dalam agenda Buku Jingga mahupun Bajet Bodoh yang dibentang oleh Anwar dulu..."


Terbaharu isu ZAHIDA RAFIK... Gadis@Artis seksi yang menjadi Topik hangat dibincangkan... Ikuti Pengajuan ZAHIDA....



Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.
 
Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.
 
Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia. 

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.
 
Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.
Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya. 

Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Zahida Rafik
20hb April 2012.
sumber

VIDEO HOT NI BUKAN VIDEO ICE CREAM..TAPI LEBIH TERUK DARIPADA JILAT ICE CREAM..


 VIDEO HOT NI BUKAN VIDEO ICE CREAM..TAPI LEBIH TERUK DARIPADA JILAT ICE CREAM..


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi bakal melakukan pembohongan besar apabila mendakwa ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah akan menyertai beliau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Anwar bakal mengulangi pembohongan besar yang beliau lakukan pada 16 September 2008 kononnya pembangkang akan membentuk kerajaan berikutan penghijrahan ramai wakil rakyat BN, walhal perkara tersebut tidak berlaku sehingga sekarang.

Muhyiddin berkata, kenyataan Anwar tersebut tidak lebih untuk menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan besar sehingga sanggup melakukan pembohongan demi pembohongan.

"Apakah rakyat masih nak terpedaya dengan kenyataan Anwar Ibrahim tentang hal itu? Dia fikir kalau ada orang kita nak duduk dekat sebelah dia bercakap, nak masuk ikut dialah.

"Pemimpin-pemimpin utama BN tahu lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, baik di Sabah, Kelantan, Sarawak sokongan meningkat dan jelas terbukti memang rakyat mahukan pimpinan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - UTUSAN

Gempar!Taktik-taktik Bersih 3.0 yang orang awam tak tahu akhirnya dibongkar


Gempar!Taktik-taktik Bersih 3.0 yang orang awam tak tahu akhirnya dibongkar!

Bersih yang tak bersih datang lagi!Mungkin orang awam tak tahu terdapat beberapa taktik yang digunakan untuk perhimpunan Bersih.Apa yang brader maksudkan ialah bagaimana taktik-taktik itu digunakan untuk memperdaya pihak berkuasa serta pada akhirnya akan nampak kesalahan itu di pihak kerajaan.Kita sedia maklum bahawa pada Bersih 2.0,mereka telah mengeluarkan satu video 'simpati' yang diberi judul Truth That Cannot Be Covered-Bersih 2.0.Masyarakat awam cuma ingat puak-puak haramjadah cuma berhimpun sahaja.Itu cuma pengikut lah.Depa tak tau orang-orang atas dah lama buat perancangan disebalik demonstrasi itu.Apa pun jom kita tengok!


........................................

Artikel ini Keris petik dari gabungan dua blogger (truth Vaccine & Angin Perubahan ) yang disiarkan di KLXpress . Senario dia dataran merdeka dilihat sebagai satu rancangan berterusan yang meniru gaya 'Arab Spring' dan 'Tahrir Square'. Namun begitu ikuti pendedahan secara mendalam yang telah dibuat agar rakyat faham siapa disebalik 'Non Resistant Violent' ini.

1. Demonstrasi yang berlaku di Dataran Merdeka ketika ini bukanlah bertujuan untuk membantah atau memansuhkan PTPTN sebenarnya.




2. Pihak Pakatan Rakyat (PR) tahu yang isu PTPTN ini tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan dan ia juga tidak munasabah untuk dibincangkan sekalipun.

3. Tujuan utama ‘Occupy Dataran’ ini ataupun Demonstrasi Mansuhkan PTPTN ini adalah bertujuan untuk membina momentum ke arah event yang lebih besar iaitu Bersih 3.0 yang bakal dijalankan 28 April 2012.



4. Bersih 2.0 menyaksikan permulaan teknik demonstrasi yang digunapakai daripada Centre for Applied Non Violent Actions and Strategies (CANVAS) yang dipelopori oleh Srdja Popovic dan Slobodan Djinovic.





5. Bersih 3.0 akan menjalankan teknik ‘Duduk dan Bantah’ yang bertujuan untuk mendapatkan simpati melalui permainan media.

6. Terdapat 3 Metadologi yang telah disusun oleh pihak CANVAS yang diguna pakai oleh PR untuk menyusun strategi mereka.


(Sila klik pada link untuk melihat setiap penerangan untuk methodologi tersebut.)

Protest and Persuasion
Non Cooperation
Non Violent Intervention 7. Strategi Demonstrasi yang bakal digunakan

Demonstrasi akan dimulakan dengan berkumpul di ‘Rallying Point’. Untuk kes Bersih 3.0, Dataran Merdeka yang akan menjadi ‘Rallying Point’.



.

Sit-In ataupun Duduk dan Bantah

Pendemonstran akan melaungkan kata-kata untuk menaikkan perasaan marah para demonstran terhadap UMNO/BN. Kemarahan tersebut akan disalurkan kepada Pihak penguatkuasa iaitu Polis.

Polis dan FRU akan membentuk pagar manusia mengikut SOP yang ditetapkan.




Akan ada sekumpulan kecil yang akan pecah daripada kumpulan besar untuk memprovokasi pihak Polis. (Ini tidak akan dimainkan oleh media mereka).




Kumpulan ini akan membawa Polis dan FRU kearah kumpulan pendemonstran yang besar


Ketika ini pihak media PR (termasuk media luar yang menyokong PR) akan bersedia untuk merakamkan sebarang ‘keganasan’ yang akan dilakukan oleh pihak polis.




Gambar dan video akan diambil dengan sudut untuk menunjukkan Pendemonstran dikasari, dipukul dan sebagainya.

Gambar dan Video ini akan dimuat naik ke Internet untuk paparan umum dan seterusnya dimainkan secara persepsi dan mengundang kemarahan umum terhadap pihak Polis dan FRU.

Berlaku konfrantasi antara pendemonstran dan pihak berkuasa.




Ketika ini akan berlaku kekalutan dan ramai yang akan cedera.
PERHATIAN! TEKNIK SETERUSNYA BELUM PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA TETAPI KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU DI BERSIH 3.0 AMAT TINGGI BERDASARKAN TREND YANG PIHAK PR IKUTI. INI ADALAH RAMALAN MENGIKUT APA YANG BERLAKU DI NEGARA LUAR SEPERTI DI IRAN. KITA BERDOA AGAR PERISTIWA INI TIDAK SAMA SEKALI BERLAKU DI NEGARA KITA.

Planned Sympathize Death.


Kematian simpati yang dirancang.

Bersih 3.0 akan menyaksikan akan berlakunya kematian yang dirancang?




Kematian Neda sewaktu Protes di Iran. Kononnya ditembak oleh polis tetapi setelah bedah siasat didapati peluru jenis itu tidak digunakan oleh polis dan tidak dijual di mana-mana bahagian di Iran.
Kematian ini akan menjadi bahan permainan isu oleh pihak PR untuk meraih simpati sempena PRU ke-13 ini.

Kematian ini akan dirancang supaya dilihat yang melakukannya adalah tindakan Kerajaan Persekutuan. Dan kematian individu tersebut akan meraih semaksimum undi simpati yang mereka boleh.

Jikalau media pihak Pembangkang memainkan isu ini dengan baik, Kerajaan boleh tumbang sebelum PRU ke-13 dengan cara rampasan kuasa oleh rakyat. Pertumpahan darah akan berlaku.

Persoalannya. Siapakah individu yang boleh meraih simpati dan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus?

Adakah pendemonstran biasa? Mungkin tidak kerana tidak mendapat impak yang besar.




Ditiru dari peristiwa Neda di Iran. Cuma ini adalah lakonan.
Adakah Mahasiswa? Boleh jadi kerana kematian remaja akan mendapat liputan oleh media.


Lihat seterusnya di K7L


P/S : Depa dah standby dah camera dan video di tempat2 strategik.Siap keluar video berlatar belakangkang lagu sedih gitu!LOL!Perlu ke semua "elemen-elemen menyentuh" hati tu???