Penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus kini secara terbuka telah menunjukkan sokongan terhadap PAS. Jika dilihat melalui gambar diatas, ia jelas menunjukkan bahawa Azhar 'berkempen' untuk menarik sokongan terhadap PAS.
Sebelum ini, Azhar yang terkenal dengan ceramah-ceramah lawaknya menafikan memihak kepada mana-mana parti politik. Malah penceramah tersebut pernah dihalang dari berceramah di Kelantan.
Azhar juga pernah mencetuskan kontroversi apabila menyindir ulamak muda UMNO yang didakwanya mendapat gaji serta elaun berjumlah belasan ribu ringgit sebulan.
Dan ketika diminta membuktikan dakwaan tersebut, Azhar hanya mengambil sikap berdiam diri dari menjawab sebarang pertanyaan umum.
No comments:
Post a Comment