Tuesday 17 April 2012

Bagaimana Penderhaka Mahu Mentadbir Negara..?


Azmin Ali, Tian Chua Wajib Saman Dr Rahman

Sehingga kini perhatian masyarakat masih lagi tertumpu pada tingkahlaku biadap dan kurang ajar beberapa orang pemimpin pembangkang semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April lepas.

Mereka yang dikatakan terbabit mengejek dan memperlekehkan Raja-Raja melayu itu antaranya ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua. Bagaimanapun mengikut laporan terbaru, kedua-duanya telah menafikan dakwaan tersebut.

Dalam kenyataan penafian mereka, dakwaan tersebut dianggap sebagai serangan peribadi dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh UMNO. Pendek kata, tiada apa yang berlaku dan semuanya hanya rekaan semata-mata. Itu kata mereka.

Azmin mempersoalkan bagaimana Dr Rahman Kadir yang dikatakan bertugas sebagai pegawai perubatan pada majlis berkenaan boleh duduk di Balairong Seri dan mendakwa melihat sendiri kejadian itu. “Saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat dan ini jelas propaganda UMNO serta Barisan Nasional yang gagal menjawab isu rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen. 

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan Dr Rahman mendakwa melihat Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Sementara itu, Tian Chua, mendakwa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu seperti yang dicadangkan beberapa pihak tidak berasas kerana ia tuduhan tanpa saksi.

No comments:

Post a Comment