Monday 23 April 2012


AZMINN MENGAMUK BILA HARTA YANG DIMILIKI OLEH ISTERINYA KANTOI DENGAN SPRM??


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menjelaskan perkembangan siasatannya berhubung satu laporan yang dibuat lebih dua tahun lalu mengenai harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya. 

Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata bahawa pada 17 November 2009 beliau membuat laporan polis berhubung perkara itu dan kes berkenaan kemudian dikendalikan oleh SPRM.
"Seminggu selepas saya membuat laporan polis, SPRM telah panggil saya untuk diambil keterangan, (dan) difahamkan sampai sekarang kes itu masih dalam siasatan," katanya di sini, hari ini.

Anuar berkata, bahawa demi ketelusan, beliau berharap SPRM dapat menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan siasatan itu. 

Beliau turut meminta Azmin mengisytiharkan harta beliau dan isterinya. - BERNAMA 

**BERJUTA-JUTA HARTA AZMIN..DALAM BENTUK WANG DAN SAHAM..TAK KAN SEMUANYA BOLEH DECLARE KOT..

No comments:

Post a Comment