Monday 23 April 2012

HADI AWANG ARAH ORANG KUATNYA SINDIR ANWAR DAN PKR...??




Hasrat PKR untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen dikecam pimpinan Pas termasuk Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi yang meminta parti itu "mengukur baju di badan sendiri."

Menurutnya, parti itu perlu sedar dengan suasana dan perkembangan politik semasa yang dikuatiri boleh menjejaskan usaha pembangkang menawan Terengganu.
 

“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
 

Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.
 

“Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira juga perkara itu,” katanya.
 

Azman Shapawi berkata, PKR tidak sepatutnya menyatakan hasrat mereka sewenang-wenangnya, sebaliknya ia perlu merujuk kepada Pas terlebih dahulu sebagai rakan pakatan dan yang lebih berpengalaman di negeri ini...

**Kalau sekarang pun dah berebut..bayangkan apa akan jadi kalau mereka dapat menawan Putrajaya

No comments:

Post a Comment